Sunday, October 28, 2007

Bahagian 2: Kegagalan Menunaikan Janji Kepada Keluarga Bukti Anda Tidak Layak Bergelar Wakil Rakyat atau Pemimpin.

Perhatian kepada semua yang berhasrat mahu bergelar wakil rakyat atau pemimpin-pemimpin politik. Jika anda ingin berjaya dalam dunia politik, anda seharusnya telah berjaya menunaikan janji-janji kecil terhadap ahli keluarga mahupun orang-orang yang terdekat dengan anda. Cuba anda ingat kembali, pernahkah anda berjanji dengan mereka? Sejak bila anda lafazkan janji itu? Sudahkah anda menunaikannya?

Jika janji kecil terhadap ahli keluarga tidak mampu anda tunaikan, inikan pula janji-janji besar yang anda taburkan kepada rakyat. Maka, jika anda adalah si pemungkir janji, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa anda tidak layak walau sedikit pun untuk bergelar wakil rakyat atau pemimpin, kerana anda telah gagal melalui ujian yang kecil ini.

Ini bukan gurauan. Sekadar satu peringatan.

(Nota sisipan: Jangan berjanji jika tidak pasti mampu menunaikannya atau tidak)

13 comments:

Anonymous said...

inilah dia pewaris kebanggaan uncle.malangnya gemulah abahmu tdk sempat mnyaksikan prjuangan anak gadisnya ini.semangatnya mngalir dlm tubuhmu nak.uncle bangga.

*artikel ini sindir uncle ka.....

Puteri Ezza said...

Salam buat uncle.

Terima kasih banyak kerana sudi juga bertandang ke blog politik saya ni. Hikhik. Eh, entri ini tidak menyindir siapa-siapalah, uncle. Tapi kalau ada yang terasa tu, saya minta maaf banyak-banyaklah ya. Cuma, saya confuse sekarang ni. Ni uncle yang mana ya? Ramai juga uncle yang saya undang ke sini. Jangan kecil hati ya kerana saya tidak berupaya mengecam siapa anda. Huhuhu.

Anonymous said...

Agenda Intelektual Masa Kini
Khalid Jaafar

Perkataan "agenda" membawa makna perancangan. Maka sekali imbas "agenda" bertentangan dengan "keteraturan spontan" yang menjadi salah satu rukun liberal. Maka akan timbul soalan: mungkinkah merumuskan "agenda" intelektual ini serasi dengan liberalisme? Tidakah mungkin "agenda liberal" itu satu oxymoron, ungkapan yang mempunyai keberantakan dalaman?

Tidak sama sekali. Penolakan ini saya sandarkan pandangan saya kepada hujah yang pernah dikemukakan oleh Karl Popper dalam The Open Society and Its Enemies. Popper membedakan dua jenis perancangan; perancangan menyeluruh yang beliau sebut sebagai "utopian engineering" dan perancangan runcitan atau "piecemeal engineering".

Perancangan utopia adalah perancangan untuk mencapai satu visi masyarakat atau negara ideal atau sempurna. Perancangan ini mempunyai matlamat terakhir. Dan segala perlaksanaan harus tunduk kepada matlamat terakhir. Perancangan runcitan tidak berdasarkan satu visi ideal atau masyarakat sempurna. Kalaupun ada visi matlamat terakhir ianya adalah seperti yang diungkapkan oleh Algernon Sydney iaitu "masyarakat yang mempunyai kecacatan yang boleh dimaafkan."

Agenda yang saya maksudkan di sini tergolong dalam ruang lingkup perancangan runcitan. Sebuah keluarga merancang belanjawannya. Kalau tidak muflis atau mengumpul hutang. Begitu juga satu organisasi, sebuah sekolah, sebuah universiti. Organisasi itu tergolongan dalam yang bersifat runcitan, runcitan dalam konteks masyarakat atau negara. Perancangan keluarga atau universiti perlu bersifat menyeluruh dalam konteks organisasi tersebut. Tetapi perancangan ini bagaimana konprehensif sekalipun masih bersifat runcitan dalam konteks masyarakat atau sesebuah negara.

Kumpulan intelektual sebagai satu ejen dalam masyarakat adalah sifatnya amat kecil dari kekuatan-kekuatan yang lain. oleh itu agenda inteletual tidak lain dari dalam persaingan dalam pasaran ide. Dan dalam pasaran idea, yang laris adalah idea yang punya daya persuasifnya.

Saya terdorong untuk mengungkapkan agenda intelektual zaman sebagai satu salah satu reaksi kepada salah faham dengan usaha Institut Kajian Dasar (IKD) menterjemah dan menerbitkan semula Islam Wa Usul Hukm karya Ali Abdul Raziq. Ramai yang mempersoalkan motif IKD menterjemah dan menerbitkan karya yang telah mengegar dunia pemikiran Islam pada 1920-an itu. Ada yang mengatakan buku tersebut sudah tidak relevan lagi, ada yang mengatakankan Ali Abdul Razik sendiri tidak percaya lagi terhadap buku yang ditulisnya, ada yang mengatakan buku itu tidak dituliskan oleh sarjana tersebut.

Bagi saya menterjemahkan Islam wa Usul Hukum adalam satu sumbangan kearah sejarah intelek umat Islam (intellectual history). Satu karya yang menimbulkan polemik yang begitu besar perlu baca, dan dikenali dari sumbernya, dan tidak dari sumber ketiga. Kita membaca teks karya tersebut dan membuat pernilaian. Ini boleh membebaskan diri kita dari prasangka masyarakat dan membolehkan kita untuk menilai kedudukan penulis sebagai seorang intelektual.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa buku tersebut sudah tidak relevan perlu dikata bahawa idea yang dibawa oleh Ali Abdul Razik masih menjadi perdebatan hari ini meskipun perdebatan hari ini adalah lebih canggih. Bagi mereka yang mengatakan bahawa Ali Abdul Raziq telah menarik pandangan, atau dalam satu versi lain mengatakan bahawa idea tersebut adalah bisikan syaitan dan datang dari syaitan adalah untuk kalimat-kalimat untuk mengelakkan dari berhujah dengan isi buku tersebut.

Kita tidak obses kepada Ali Abdul Razik cuma, bagi kita Ali Abdul Raziq bukan seorang pemikir besar. Kita tidak belajar liberalisme dari Abdul Raziq, atau kita tidak belajar sekularisme dari beliau, dan kalau beliau seorang sekularis beliau tidak mengeluarkan hujah yang terbaik untuk sekularisme. Dalam konteks pemikiran kebudayaan atau sebagai seorang intelektual Edward Said jauh meninggal Ali Abdul Razik dalam menggarap persoalan kebudayaan dan pemikiran.

Maka jangan terperangkap dengan polemik zaman Ali Abdul Razik, tetapi kita harus tahu sejarahnya secara objektif, kita perlu memahami persekitaran politik zamannya, persekitaran antarabangsa di zamannya. Beliau selalu diletakan dalam golongan liberal dari pengikut-pengikut Muhammad Abduh. Ini dilakukan oleh Albert Hourani dalam bukunya Arabic Thought in Liberal Age. Kita jangan terlalu bermurah hati memberikan pangkat liberal kepada Ali Abdul Razik seperti yang dilakukan oleh sarjana Barat seperti Albert Hourani. Kriteria liberal yang digunakan oleh Hourani adalah terlalu longgar, asalkan seorang itu ingin maju, mahu berubah, mahukan perlembagaan maka dia digolongkan sebagai liberal. Tentang penganugerahkan pangkat liberal kepada kelompok pro-Barat di Dunia Islam oleh sarjana-sarjana Barat ini adalah satu persoalan yang kompleks. Memadai ditanyakan: apakah pendirian orang 'liberal' terhadap kebebasan, terhadap keteraturan spontan, terhadap pemerintahan minimal dan kebebasan pasaran sebelum dianugerahkan dengan pangkat liberal.

Salah satu tanggung jawab gerakan intelektual zaman ini adalah membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh sarjana-sarjana sebelum ini. Disini kita perlu membetulkan kekeliruan terhadap tamadun Barat, dan kekeliruan ini dijadikan ladang subur untuk menyemai benih kebencian kepada tamadun tersebut. Apakah yang dituai dari kebencian tersebut adalah ketidaksukaan kepada kegiatan berfikir dan kesukaan kepada menjadi pak turut.

Di Malaysia orang yang punya saham yang paling besar dalam menyemai benih kekeliruan adalah Profesor Syed Naquib al-Attas. Kekeliruan ini diungkapkan dengan indah dan agung oleh beliau dalam syarahan pengukuhan sebagai professor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan dalam tahun 1972.

Rumusan al-Attas kononnya inti kepada jiwa Barat tragedi boleh disangkal dengan mudah. Mengapakah beliau memilih Sofokles dan tidak Homer. Masyarakat Yunani purba tidak mengangkat penulis tragedi, meskipun memang besar, itu sebagai guru bangsa. Guru kepada masyarakat Yunani adalah Homer. Adalah kisah Akilis yang mati takala muda gemilang itu satu tragedi? Adakah kepulangan Odeysseus ke Ithaca itu satu tragedi? Mengapa al-Attas memilih Sofokles dan tidak Aristofanes yang menulis komedi? Dan dalam trilogi Odipus -- Odipus Sang Raja , Antigone dan Odipus di Kolonus -- hanya Odipus Sang Raja yang bersifat tragedi. Dan kemuncak kepada kisah Odipus kepada penduduk Atena yang ingin menghalaunya kerana menceroboh tanah suci Euminides: "I come as someone sacred, someone filled with piety and power, bearing a great gift for all your people."

Apabila beliau mati tiada yang dapat melihat jasadnya. Seperti yang dikatakan oleh seorang pengiring: We couldn't see the man- he was gone- nowhere! And the king, alone, shielding his eyes, both hands spread out against his face as if- some terrible wonder flashed before his eyes and he, he could not bear to look."

Tatkala al-Attas memberikan pidato tersebut audiennya terpukau. Dan kuasa pukau tersebut berlarutan sehingga tiga dekad. Kita perlu bertekad untuk menyedarkan masyarakat bahawa mereka selapa ini dipukau oleh kekeliruan.

Ketika al-Attas memberikan pidatonya Cina masih lagi dibawah bayangan Revolusi Kebudayaan dan India masih menanti selama 12 tahun lagi bagi Rajiv Gandhi untuk melaksanakan deregulasi.

Deng Xioping dan Rajiv Gandhi adalah dua tokoh besar yang mengambalikan peranan pasaran bebas dalam dua buah negara Asia yang terbesar. Hasilnya kita saksikan sekarang, kebangkitan Cina dan India sebagai kuasa besar ekonomi. Kemunculan peristiwa misterius yang amat penting ini yang merupakan kemuncak kepada kisah Odipus terlepas dari pengamatan al-Attas. Kalau beliau mengamatinya beliau pasti tahu bahawa teori tragedinya sudah berantakan. dua negara ini sebagai kuasa besar ekonomi pasti punya implikasi kebudayaan dan intelektual.

Degan pembebasan kita dari penjara tesis al-Attas kita akan dapat melihat Barat dengan lebih menyeluruh. Kita perlu melihat Sokratis sebagai filasuf dan ironis, kosmologi dan metafizik Plato. Bukan sahaja epik Homer tetapi juga epik Virgil kerana ia adalah jiwa kepada kebesaran Romawi. Zaman Pertengahan Barat juga amat kaya -- St Agustine dan St Thomas Aquinas -- tetapi lebih penting lagi dalam konteks kita adalah Meister Eckhardt, tokoh kerohanian yang tidak begitu diberikan perhatian tetapi ianya amat penting kerana ada titik temunya dengan Ibn Arabi yang merumuskan metafizik sejagat Ibrahimiah.

Satu pendapat mengatakan ahli falsafah yang paling agong bukanlah Plato. Kerusi tersebut perlu diberikan kepada Sri Adi Shankaracarya orang yang merumuskan falsafah Vedanta. Pada peringkat popular kebangkitan kebudayaan India dapat dilihat dalam siri Mahabharata.

Di China pula kebangkitan kebudayaan ini disaksikan dengan epik tv Romance of Three Kingdoms. Epik senitron Dinastik Han dan Dinasti Tang mencerminkan semangat Cina untuk menunjukan ketamadunnya diperingkat popular. Namun dibawah lapisan popular tersebut kita akan menemukan pemikiran Lao Tze dan Kung Fu Tze di Cina dan Vedanta di India. Kita tidak boleh meneruskan kejahilan kita kepada perkara ini.

Tetapi dalam satu atau dua dekad ini aspek pemikiran yang merancakan ruang awam adalam persoalan organisasi dan devolusi kekuasaan, persoalan pilihan dalam pasaran dan peranan pemerintah dalam membatasi pilihan tersebut. Di sinilah tulisan-tulisan Adam Smith, Adam Furguson dan John Lock serta pensyarah-pensyarahnya di abad ke-20 seperti Hayek punyai relevansi yang paling tinggi.

Anonymous said...

Mak oiii, panjangnya komen. Komenkah atau artikel ni? Hikhik. Anyway terima kasih banyaklah ye. Susah-susah aje. Huhu.

Anonymous said...

Saudara Khalid bila bercakap pasal uthopian, saya nampak masalah UMNO ialah tak ada orang yang boleh tegur yang sesetengah dasar itu utopian, contoh mengangkasakan negara bangsa.

We penjawat awam knows that Najib ialah seorang menteri yang suka membaca. Dia pun datang dari Family yang dah lama established dan berpemikiran Global, I said global, yeah not glokal.

Tapi dia tak nampakkah yang bersepah gerai itu semua jual kain, tudung, gelang tah apa-apa tah, dia duduk situ berucap syok sendirilah.

Saya pernah ke Hatnyai bersama kumpulan PUSPANITA, my sub mati akal mcm mana nak ubah pompuan-pompuan ini jangan terlalu asyik sangat nak bershopping!

So cakap sub saya ini macam imbaded in mind tau...macam mana eh kita nak buat agar wanita tak suka shopping? I keep on thinking about it.

Tak semua pompuan yang berfikir shopping jah..ada ramai tapi puak-puak Madame Susan Bakar. Saya kira Dewan Muslimat PAS sangat benci dan takut dengan mereka, betul tak? Sapa yang intim dengan persona seperti Dina Zaman dan menuntut Ilmu dengan Madame Susan Bakar akan digelar tali barut Yahudi?

Kecaman-kecaman seperti adalah sangat menakutkan kerna ini akan membantutkan pertumbuhan intelek seorang wanita itu sendiri. Apabila wanitanya dengar nama Anmesty International pun dah takut, maka bagaimanakah Melayu mau lahirkan generasi yang tegar menghadapi cabaran globalisasi?

Hehe cik Puteri kakak harap che Puteri jangan takut sama abang-abang ehsem kat dalam rumah PENIS tu ye...ia adalah singkatan dari Penulis dengan Isme. Kalu takut jemputlah dulu tingok gambar-gambar dalam kubu buku abg Fadz.

Anonymous said...

Hikhik. Mula-mula tu takutlah jugak. Ye lah, dah nama dia pelik sangat. X-rated gitu. Hikhik. InsyaAllah, nanti saya berkunjung ke kubu buku tu, ya.

Anonymous said...

Tak de bendalah biasa je..tapi kakak peleklah kalu kita join group-group Rotery, Green Peace, WWF, Susan Bakar, Dina Zaman I'm Muslim tu macam dah jatuh murtadlah pulak.

Ntahlah kalu kita sendiri yang tahu ini tak usaha dekati mereka, dan lebih sukar mempersenda-senda dan mengejek-ejek mereka, bolehkah kita kata kita mati esok gerenti masuk syurga. Kakak pun peninglah. Kita yang suka berkawan ini pula dikata orang Melayu tak sedar diri nak jadi Omputeh? Filsuf sesat, Sasterawan Seksi, tali barut yahudi? Pompuan gila, bini Abi Lahab? Penulis Israiliyat?

Harap kat Sabah sakit melabel-label aku syumul kau setan ini tak timbul eh

Anonymous said...

Kak Mardiah,

Saya kira akak seorang penulis. Watak seorang penulis harus bersahabat dengan semua makhluk Allah waima syaitan sekalipun namun barang diingat jangat kita turuti nasihatnya.

Perjalanan manusia adalah proses mencari kebenaran dan ianya hadir pada jiwa yang ikhlas serta melangkah dengan panduan Alquran & sunnah.

Kebenaran bukan milik mana-mana pihak dan tiada monopoli atasnya melainkan yang diatas sana. Andai kita saling berdialog dalam semangat untuk hidup berkasih sayang pasti dihujung sana ada cahaya yang mencerahkan. Tahukah kalian lampu nion yang kita nikmati cahayanya hari ini adalah usaha dan ikhtiar panjang dari seorang lelaki keturunan yahudi. Tahukah kalian bahawa Islam yang kita hayati dan yakini hari ini adalah atas semangat syahid serta penghayatan tuntutan dakwah yang benar dari para sahabat R.A. Pemilik alam ini hanya memberi syurga pada mereka yang benar imannya, ikhlas dan benar amalanya serta bermanafaat ikhtiarnya.

Politik adalah prodak pemikiran manusia dan ianya berperanan mengurus maslahat manusia.

Siapa jua yang kita sokong harus dengan semangat mahu mencari kebenaran. Pendapat siapa pun boleh dinilai semula kerana berlaku perbezaan dan perubahan latar peristiwa.

Nilailah pemikiran dan gagasan seseorang dengan adil dari sumber dan rawi yang boleh dipercayai selebihnya kita serahkan pada yang empunya alam ini.

Anonymous said...

Anon, I'm not a writer, tapi seorang yang suka berkawan dan bersembang politik.

Kawan sembang akrab saya ialah ayah saya penyokong PAS toto' dan terbaru Datuk Abu Zahar.. both of them walau tak sama parti, sangat sayangkan Melayu dan tak ingin yahudi melalui budaya kapitalism menjarah pemikiran dan budaya hidup kita.

I guess itu yang patut kita utamakan dari bersyak wasangka sesama kita.

Anonymous said...

Kar Mardhiah

Sakit label-melabel ini ada di mana-mana di pelosok dunia ini. Sukar untuk dibendung atau dihapuskan. Bukan setakat dalam bidang politik, malah dalam bidang apa sekalipun.

Sekadar berkongsi satu kejadian benar yang berlaku di hadapan mata saya:
Saya punya seorang kenalan yang bekerja sebagai pelayan kelab malam. Pakaian sendat dan singkat macam tak cukup kain. Pusat bertindik dan bertatoo. Kami berkenalan semasa saya menganjur satu program meraikan anak-anak yatim di satu bandar di Pantai Timur Sabah.

Pada suatu hari, kami minum bersama-sama di sebuah restoran. Datang seorang perempuan tua dan budak lelaki. Mereka itu pengemis. Mereka menghampiri kami dan meminta wang.

Teman saya itu bertanya dengan suara yang lembut, "Kamu mahu wang itu untuk apa?"

Mereka menjawab, "Kami mahu beli makanan. Kami lapar."

Teman saya itu menjawab, "Kalau saya tidak berikan kamu wang, boleh? Tapi kamu mintalah apa saja makanan yang kamu mahu. Makanlah. Nanti saya yang akan bayar. Kamu duduk di meja sebelah ini."

Pengemis itu terkebil-kebil. Mungkin seakan bermimpi. Tidak sangka wanita yang berpakaian sebegitu, berhati mulia mahu membantu mereka. Sedangkan di meja sebelumnya, mereka dihalau dan diherdik seperti 'bukan manusia' oleh sekumpulan lelaki berserban.

Pengemis itu pun makan dengan penuh kegembiraan. Yang menyentuh hati saya, selepas makan, pengemis tua itu memeluk teman saya sambil mengucapkan terima kasih.

Jika orang lain yang tidak mengenali hati budi teman saya itu akan berkata:
-Wanita neraka ni.
-Muka macam pontianak.
-Kalau berpakaian macam begini lebih baik berbogel saja.

Teman saya itu telah kembali ke rahmatullah kerana satu 'penyakit'. Jenazahnya tidak sukar untuk diuruskan. Malah tidak berbau busuk.

Kisah ini tiada unsur-unsur dramatik yang direka. Semuanya benar belaka.

Cuba fikirkan apa moral di sebalik kisah ini? :-)

Anonymous said...

EAnonymous

"Kebenaran bukan milik mana-mana pihak dan tiada monopoli atasnya melainkan yang diatas sana. Andai kita saling berdialog dalam semangat untuk hidup berkasih sayang pasti dihujung sana ada cahaya yang mencerahkan" <--- Saya amat tertarik dengan kata-kata ini. Kata-kata anda memang benar.

Alangkah bahagia hidup di dunia ini andai semua manusia boleh berlapang dada dan sentiasa mengimpikan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang serta aman damai.

Pemikiran saya hampir sealiran dengan anda. Boleh saya tahu, siapakah anda yang sebenarnya?

Anonymous said...

Mardhiah,

Derita umat menggerogot tanpa kenal batas sempadan. Musuh telah lama mengasah taring dan mempertajam hujah siap bertempur dipadang jarah. Umat akan selamat jika sentiasa peka pada persekitaran dan memahami tuntutan zaman. Pendidikan sempurna diselami tarbiyah beterusan senjata paling ampuh berdepan mereka.

Saat ini bukan waktunya untuk kita berbalah soal nama jamaah, lihat sekeliling kita siapa musuh kita bersama. Disana ada perasuah dan kapitalis dari berbagai bangsa. Yahudi ada, Amarika pun ada, Cina ada, India pun ada, Melayu juga turut serta. Kejahatan bukan hak milik sesuatu kaum, ia adalah persoalan moral. Rasuah adalah jenayah tanpa sempadan.

Pas bukan parti yang diutus oleh nabi untuk kita. Ia adalah hasil ijtihat sekumpulan insan berlatar belakang pendidikan agama yang mahu menyatukan suara ummat dalam menuntut tertegaknya nilai-nilai teras islam dalam pemerintahan negara. Jelas Pas adalah produk pemikiran manusia. Syurga bukan milik pejuang Negara islam, Rabiatul Adawiyah bukan ahli Pas begitu juga Imam Al Ghazali. Namun pentadbiran negeri Kelatan jauh lebih baik dari pentadbiran negeri Sabah walaupun mereka tak punya hasil royalty minyak.

Yang wajib diperjuangkan ialah nilai-nilai yang diperlukan oleh semua manusia seperti kebebasan yang bermoral, keadilan yang dilihat dan dirasai atau dalam bahasa mudahnya “Universial value”.

Puteri,

Akhlak dalaman dan akhlak luaran keduanya penting dan utama. Junjungan besar mengajar kita bukan sekadar bersopan namun harus kelihatan bersopan. Buya Hamka tika ditanya perihal seorang wanita yang solat namun tidak menutup aurat dengan seorang menutub aurat tapi tidak solat yang manakah lebih baik. Jawab beliau adalah kan lebih baik wanita pertama menutub auratnya dan wanita kedua mendirikan solatnya.

Kehidupan bukan hitam putih ia adalah warna-warni. Jangan kita nikmati lazatnya sahaja nikmatilah juga pahitnya.

Anonymous said...

Anon,

Dr Noorhashim pengarah Jab Psikiatri Hospital Sultanah Aminah cakap don't judge others, as other's will judge you.

Pada pandangan saya pula, solat itu strictly hubungan antara manusia dan al Khaliq manakala, menutup aurad pula both dengan Al Khaliq (An Nur ayat 31 kalu tak silap yang mengarahkan perempuan melabuhkan tudung) dan juga dengan manusia yang lain.

Semuanya penting, bila kita cakap aurad lebih kepada wanita, nabipun ada kata wanita itu adalah rusuk kiri saya paling bengkok, maksud saya mendakwah wanita itu tricky.

I wanna share satu story:-

Pada 2003, ada mamat dalam Kepezi On Line (KOL) sort of wanna dakwah our Sifu Zaharah Nawawi supaya pakai tudung tau, tapi saya rasa caranya agak menyakitkan hati. Tapi alhamdulilah dia pakai juga.

Pada tahun lepeh, my buddy kunun mau dakwah my guru aerobik agar tutup aurad, mek rambut merah menyala, Mat kita berpantun bunyinya macam ginilah sikit lebih kurang eh:-

Azan bergema, subuh dah masuk
Cepatlah bangkit, kerjakan solat..

Orang pompuan ni payah, saya sendiri pompuan, saya taulah betapa degilnya saya, dulu masa muda-muda dulu, cakap ayah saya aje tau yang saya dengar! Saya akan ikut cakap orang yang saya rasa hormat, sayang, selamat dan benar-benar percaya dia ikhlas sayangkan saya dan tidak akan mempersia-sia atau melupakan saya walau di mana dia berada. Itu dululah masa umur-umur budak-budak dulu.

Walaubagaimanapun saya ada ingat satu lagu Indon, "sentuhlah dia tepat dihatinya"

Kalu awal-awal dah tersinggung perasaannya cam ner nak nyentuh hatinya?